Cari Blog Ini

Memuatkan ...
3

Ramadhan al-Mubarak di UPNM



Setelah lebih setengah bulan berlalu, ini merupakan Ramadhan terakhir saya di UPNM (insyaAllah kalau tak sangkut kat mana-mana) sebelum saya menjejak keluar dari sini dan bergelar pegawai dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Alhamdulillah, saya lihat Ramadhan kali ini terdapat banyak peningkatan berbanding tahun-tahun sebelumnya di mana atas kesungguhan pihak Universiti meningkatkan usaha untuk menghayati dan mengambil peluang sepenuhnya di bulan yang penuh dengan seribu keberkatan ini.


Aktiviti harian bagi kami  adalah seperti jadual yang telah ditetapkan :

0400H = Bangun dari tidur
0430H = Sahur di wisma pegawai kadet (Mess Cadet)
0550H = Solat Subuh berjemaah
0645H = Perbarisan pagi
0700H = Bergerak ke kelas / kawasan latihan (pegawai kadet tahun akhir)
0800H = Kelas akademik / latihan medan (pegawai kadet tahun akhir)
1000H = Kelas akademik / latihan medan (pegawai kadet tahun akhir)
1315H = Solat Zohor berjemaah
1400H = Sambung kelas / latihan medan
1715H = Solat Asar berjemaah
1745H = Balik ke blok penginapan
1800H = Bergerak ke Mess Cadet
1830H = Baris sebelum berbuka





Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas =)









1900H = Berada dalam Mess Cadet, baca al-Quran menunggu berbuka
1920H = Berbuka puasa regimental (beramai-ramai)
1940H = Solat Maghrib berjemaah
2000H = Tadarus Al-Quran
2030H = Solat Isya' berjemaah
2100H = Solat Sunat Tarawih + Solat Sunat Witir
2230H = Perbarisan malam (rollcall)
2300H = Balik ke blok penginapan
2359H = Lights off / Tidur


Bila masa waktu buat assignment / update blog / layari internet? Pandai-pandailah cari masa kan...So paham-faham la kalau blog ini update pun jarang-jarang..hehe (alasan je kan) ;p

Masa itu kan berharga..cuma untuk anda yang terlalu banyak masa yang terluang tu, anda takkan hargainya.
Benarkah? Manfaatkan Ramadhan anda. Anggaplah ia Ramadhan yang terakhir buat anda.


Nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya:
"Jangan sekali-kali engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan datang bila-bila masa sahaja"

Wasiat As-Syahid Imam Hassan Al-Banna:
"Bacalah Al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah Zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara-perkara yang tidak berfaedah."



Salam al-Mubarak, Mohd Zulhelmi
SKTN SABKL ATMA-UTM UPNM
6 September 2009 bersamaan 16 Ramadhan 1430H
Read more
1

Pelancaran Portal Alumni Intake2004.com



Alhamdulillah...sebelum sampainya ke majlis kemuncak fasa ke-2 pra-makan malam beradat (pre-mess night) bagi pengambilan 2004 kejuruteraan, saya diberi peluang mewakili rakan-rakan seperjuangan saya untuk memperkenalkan portal alumni UPNM bagi pengambilan 2004. Portal ini kemudiannya dirasmikan oleh Ybhg Mej Badrul Nizam bin Ismail, Ketua Pengambilan 2004.

Idea menubuhkan portal sebegini adalah hasil cetusan idea beberapa orang pegawai kadet memandangkan alumni khusus yang dikelolakan oleh Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UPNM (yang dahulunya dikenali sebagai ATMA) dikatakan gagal memainkan peranan setelah lepasan-lepasan UPNM ini menamatkan pengajian mereka disini. Sebagai contoh, tiada satupun (jika tak silap saya) program alumni pun dijalankan untuk senior2 yang lepas. Senior-senior pengambilan sebelumnya banyak menubuhkan portal dan forum untuk berhubung secara dalam talian (onlline).

Memandangkan sistem batalion akan menggantikan sistem pengambilan bermulanya tahun ini, ia merupakan medium terbaik bagi menghubungkan pelajar/pegawai kadet 2004 khususnya yang tinggal secara berasingan. Maklumat yang membabitkan pengambilan, perkongsian gambar, pengalaman, dan apa sahaja boleh dikumpulkan dibawah naungan portal ini. Adalah diharapkan dengan adanya portal ini kelak para ahli intake 2004 dapat saling berhubung antara satu sama lain setelah masing-masing mengikuti servis dan unit yang berbeza. InsyaAllah.

Laman web rasmi portal alumni intake 2004:
atau anda boleh klik pautan berkenaan di sebelah kanan blog ini

kepada pegawai kadet pengambilan 2004, amatlah diharapkan anda dapat menyertainya.
kepada yang lain juga dialu-alukan..insyaAllah.

Disini saya sertakan montaj ringkas pelancaran portal berkenaan.




untuk muat turun, right klik link dibawah dan pilih 'save link as'
http://www.fhqhosting.com/ui/1portal2004launch.swf


Mohd Zulhelmi
SKTN SABKL ATMA-UTM UPNM
05 Januari 2009 bersamaan 08 Muharram 1430H
Read more
4

10 hari tanpa update



Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera kepada para pembaca. Jika anda perasan, laman blog ini dah seminggu tak dikemaskinikan. Sejak dari 9 Disember yang lalu sehinggalah 21 Disember ini, saya terlibat dengan sukarelawan Sukan Universiti Asean 2008 (AUG2008) yang berlangsung di Kuala Lumpur di mana Malaysia sebagai tuan rumah. Jika anda tak tahu apa itu AUG, sila lawati laman web ini: http://www.aug2008.com.my

InsyaAllah, saya akan mengejar balik apa yang tertinggal selama 10 hari ini untuk di muatkan dalam blog ini. Artikel tentang aidiladha yang lalu di UPNM, AUG2008 dan pelbagai artikel lain dah pun dirancang untuk diletakkan selepas sahaja semua ini selesai. Tak lupa kepada sahabat dan pelawat yang bertanyakan soalan dan tutorial, akan saya turut letakkan selepas ini. Seribu kemaafan dari saya...Jazakumullah..~
Read more
2

Perbarisan Pentauliahan Di Raja Ke-10



                            Gambar dari galeri blog syafiqblogz

Hari ini merupakan hari yang paling bersejarah dalam perjalanan kehidupan sebagai seorang pegawai kadet. Majlis pentauliahan diraja merupakan antara hari yang ditunggu-tunggu oleh semua warga UPNM. Saya dan sahabat handai juga tak melepaskan peluang untuk menyaksikan detik-detik yang akan dikenang isepanjang hayat kami nanti.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah berkenan mencemar duli ke Perbarisan Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kem Sungai Besi pada 4 Disember 2008 (Khamis) jam 8.30 pagi.




Majlis Perbarisan Pentauliahan Diraja ini melibatkan 254 orang pegawai kadet yang telah berjaya menamatkan pengajian selama 4 hingga 5 tahun di UPNM. Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Panglima Angkatan Tentera, Panglima-panglima Perkhidmatan serta pegawai-pegawai kanan ATM dan UPNM.

Perbarisan berlangsung secara gilang gemilang selama lebih kurang sejam setengah sebelum berlakunya majlis penyampaian watikah kepada para pegawai kadet dan pegawai graduan. Para pegawai kadet tauliah akan melakukan lintas hormat di hadapan SPB YDPA secara perlahan jalan dan cepat jalan. Kemudiannya, penyampaian hadiah kepada pegawai kadet terbaik setiap perkhidmatan:


Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan Tauliah 2008 - Anugerah Piala Seri Satria + Pedang
Kapt Area Putra Bin Ismail (RAMD)
Kejuruteraan Automotif Intake 2003

Pegawai Kadet Terbaik Perkhidmatan Udara - Anugerah Piala Seri Angkasa
Kapt Ahmad Firdaus Bin Abdullah TUDM
Kejuruteraan Elektrik Intake 2003

Pegawai Kadet Terbaik Perkhidmatan Laut- Anugerah Piala Seri Samudera
Lt Mohd Rozaimi Bin Mahmod TLDM
Sains Nautika Intake 2004

Pegawai Kadet Terbaik Perkhidmatan Darat - Anugerah Piala Seri Gagah Setia
Kapt Mohd Fazli Syaah Bin Mohd Hasim (RAMD)
Pengurusan Sumber Manusia Intake 2004




Selepas sahaja upacara selesai, SPB YDPA bertitah mengumumkan pentauliahan para pegawai muda dalam ATM secara rasminya kemudian alunan muzik akan mengiringi mereka keluar perbarisan dengan memainkan lagu "bertemu dan berpisah" turut membuatkan hati saya terasa sedikit sedih. Apa taknya, terlihat sahabat-sahabat sendiri dah melalui hala tuju hidup masing-masing. Mereka akan melalui pintu MUNIP menandakan secara simboliknya tamat kehidupan mereka sebagai seorang kadet dan bermulanya jati diri sebagai seorang pegawai.

Alhamdulillah, perbarisan pentauliahan dan penerimaan watikah telah selamat disempurnakan oleh SPB YDPA sendiri di Padang Kawad Maktab Tentera Di Raja (RMC) dan Dewan Tun Templer. Tahniah kepada sahabat-sahabat satu skuad dan kami dari jurusan engineering berharap untuk kami juga akan berakhir dengan gemilang seperti kalian semua. InsyaAllah.

Read more
5

Tahniah Pegawai Kadet Tauliah 2008!




Esok, 4hb Disember 2008..hari yang amat besar, hari yang akan ditunggu-tunggu buat setiap pegawai kadet yang berada di UPNM ini. Esok adalah hari yang paling bermakna buat pegawai kadet dari jurusan pengurusan intake 2004 dan Engineering intake 2003 di mana mereka akan ditauliahkan oleh Ketua ATM sendiri, Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Hari kebesaran, hari meraikan tamatnya kehidupan bergelar seorang pegawai kadet kepada seorang pegawai. Mereka semua akan dikurniakan pangkat Kapten setaraf dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia.

Umumnya, untuk tahun ini, seramai lebih kurang 200 orang pegawai kadet dari ketiga-tiga perkhidmatan darat, laut dan udara akan bersama-sama mengikuti upacara perbarisan pentauliahan diraja dan penyampaian watikah oleh SPB YDP Agong. Mereka yang akan komisyen ini adalah dari kumpulan berikut:

Pengambilan 2004 (Sains & Pengurusan-4 tahun pengajian)
  1. Jurusan Sains Nautika (SZB)
  2. Jurusan Sains Komputer (SZK)
  3. Jurusan Pengurusan Sumber Manusia (SZR)
  4. Jurusan Pengurusan Teknologi (SZP)
Pengambilan 2003 (Kejuruteraan-5 tahun pengajian)
  1. Jurusan Kejuruteraan Mekanikal Automotif (SZA)
  2. Jurusan Kejuruteraan Komputer (SZC)
  3. Jurusan Kejuruteraan Elektrik (SZE)
  4. Jurusan Kejuruteraan Mekanikal (SZM)
  5. Jurusan Kejuruteraan Mekanikal Aeronautik (SZT)
  6. Jurusan Kejuruteraan Awam (SZW)

Demi ketibaan hari esok, mereka telah pun menjalani latihan kawad pentauliahan diraja setiap hari selama lebih kurang 2 bulan beserta beberapa kali raptai penuh bagi memastikan segalanya berjalan lancar dan tiada kecacatan selama majlis berlangsung. Melihatkan mereka berlatih kawad sahaja dah cukup membuatkan kami turut merasa kepenatan mereka. Muka pun dah gelap sebab berpanas terik masa berkawad. Hehe..

Saya dan sahabat lain masih lagi akan berada di sini selama lebih kurang 1 tahun lagi sebelum mengikut jejak langkah mereka kerana kami dalam jurusan Kejuruteraan yang memerlukan 5 tahun pengajian. Apa pun, tahniah buat sahabat dan para senior atas kejayaan mereka sampai di kemuncak kehidupan mereka di sini! Mabruk 'alaik~! All the best for the big event! Gambante kudasai!!

P/S: Jangan lupa tengok TV3 esok jam 0700H (7:00 pagi)~ secara langsung dari UPNM!
Read more
2

Tali Leher Baru UPNM




Nampak tak gambar di atas ni? Dari tajuk entri ni pun boleh tau kan apa tu? Itu adalah tali leher yang akan di edarkan kepada semua pegawai kadet UPNM. Tali leher berkenaan wajib dipakai oleh pegawai kadet ketika majlis-majlis format rasmi atau ketika diperlukan pemakaiannya. Gambar ini baru sahaja saya ambil petang ini semasa mengambilnya bagi pihak pengambilan.

Ada dua pattern atau jenis corak untuk tali leher ini. Kedua-dauanya berwarna biru gelap tetapi berbeza dari segi corak dan material tali leher berkenaan. Tali leher ini baru sahaja saya ambil dari pejabat Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) sebagai wakil bagi intake 2004 (kejuruteraan). Ianya akan diedarkan oleh Ketua Trup 2004 selepas sahaja minggu pentauliahan berlalu.

Dari apa yang Ketua Jurulatih (chief of instructor - CI) kata, semua pegawai kadet UPNM akan dapat tali leher ini, tapi tak semua akan mendapat yang sama sebab ada dua pattern yang ada dalam stok UPNM. Selama ini, tali leher ini diberikan kepada tetamu jemputan yang mengadakan kunjungan ke UPNM sebagai cenderahati.


Galeri gambar (klik untuk melihat saiz penuh):








Walau bagaimanapun, persoalannya..adakah ianya di isu atau sebaliknya? Pada 4 tahun yang lepas, intake 2004 merupakan intake yang terakhir yang diwajibkan pembeliannya (untuk tali leher ATMA yang lama) sebagai satu etika pemakaian yang seragam, tetapi selepas sahaja intake 2005 masuk, mereka dibenarkan memakai tali leher bebas.

Apa pun, sama-sama kita tunggu mess bil bulan depan..ada ke tidak...hehe..~

Read more
1

Latihan kawad kaki UPNM




Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. Dalam sebulan ini (semester break) sebelum mulanya semester seterusnya, kami di UPNM amat sibuk dengan majlis pentauliahan di raja dan juga aktiviti ketenteraan yang boleh dikatakan padat.

Aktiviti ketenteraan yang dimaksudkan adalah tentang perkara-perkara asas di dalam dunia ketenteraan. Memang banyak aktiviti sampingan lain selain elemen ketenteraan yang diterapkan disini. Memandangkan perbarisan pentauliahan diraja yang akan berlangsung tidak lama lagi, UPNM juga telah mengatur aktiviti latihan kawad kaki yang telah tentunya telah sinonim dengan dunia ketenteraan.


 
Kawad kaki pegawai kadet UPNM. Gambar dari arkib saya.


Okeylah..sedikit pengenalan mengenai kawad. Jangan marah ye jika ayat saya sedikit skema. Hehe..


Tujuan berkawad:
  1. Untuk membentuk seseorang supaya bermegah dengan tatatertib cergas dan taat setia (memerima arahan dan menjalankan arahan tersebut)
  2. Membentuk anggota supaya berkerjasama dalam satu kumpulan
  3. Berkawad adalah asas untuk panduan membentuk tatatertib di dalam pasukan, asas dan perpaduan tatatertib semasa bertugas adalah berdasarkan kepada kawad yang diperbaiki berkali-kali.
  4. Apabila berkawad hendaklah diterangkan apakah sebab-sebab berkawad itu, berkawad sangat-sangat dikehendaki oleh pasukan, bukanlah sebagai hukuman atau mendera tetapi untuk membina tatatertib serta darjat sesuatu pasukan itu

Seiring dengan hari besar itu nanti, para pegawai kadet senior termasuk saya dikehendaki mengambil latihan kawad kaki untuk para junior dari tahun asasi dan tahun 1. Mereka ini akan dilatih dengan bimbingan beberapa orang pegawai kadet senior bagi setiap pengambilan dan skuardron-skuardron dalam pengambilan tersebut.


 
Hukuman/arahan kawad kaki. Gambar dari arkib syafiqblogz


Sebenarnya, kawad ni amat la memenatkan..tambah dengan panas lagi. Dah tentu suara cepat je nak hilang, dah tekak dah kering kan..hehe..Latihan kawad ini akan berterusan hampir setiap hari sepanjang cuti semester ini memandangkan akademik sedang berehat..hehe..jadi takde buat ape la kan. Kena la  kawad. Tu yang junior. Yang senior ni hanya sebagai instructor (juruletih jurulatih) je. Bagi arahan dan hukuman-hukuman kawad.

Setelah hampir seminggu ambil kawad, saya dah hampir-hampir tiada suara dah. Macam orang batuk demam selesema pula. Alhamdulillah, junior-junior pun banyak bagi kerjasama serta mendengar arahan. Rasa semangat pun ada..dan amanah serta tanggungjawab itu yang paling penting. Betul bukan?

Read more
2

Gotong-royong Perdana UPNM




Menjelang perbarisan pentauliahan dan penyampaian watikah diraja kepada para graduan UPNM yang bakal tiba, pihak pengurusan UPNM turut menganjurkan aktiviti gotong royong setiap hari bekerja dan gotong royong perdana pada setiap sabtu, sehingga hari kejadian iaitu pada 4 Disember 2008. Seluruh warga UPNM termasuk pelajar, staff dan pegawai turun padang bagi menjayakan aktiviti yang boleh dikatakan amat memenatkan ini.

Menurut Naib Canselor UPNM, Lt. Jen. Dato' Pahlawan Hj Zulkifli bin Zainal Abidin, disebabkan kesuntukan masa untuk persiapan dan lawatan tetamu dari luar, kami dikehendaki membersihkan kawasan-kawasan sekitar UPNM pada setiap hari. Ini kerana pekerja dan kontraktor yang diupah untuk menjalankan kerja-kerja berkenaan tidak cukup dan dikhuatiri ianya tidak sempat disiapkan sebelum hari kejadian.


Secara umumnya, kerja-kerja pembersihan dan gotong-royong dijalankan mengikut pengambilan (intake).

Intake 2004 (Tahun 4) - Kawasan kuatermaster (QM) dan depoh kenderaan
Intake 2005 (Tahun 3) - Kawasan Blok penginapan
Intake 2006 (Tahun 2) - Kawasan Blok Akademik
Intake 2007 (Tahun 1) - Kawasan di sepanjang jalan dan cerun bukit
Intake 2008 (Asasi) - Kawasan Wisma Pegawai Kadet


Beberapa orang pegawai kadet senior termasuk saya diarahkan untuk memantau kerja-kerja setiap pengambilan yang telah diamanahkan. Gotong royong biasanya dijalankan selepas dari aktiviti senaman gerak lasak dan dimulakan dari jam 0900H sehingga 1030H.


Galeri gambar (klik pada gambar untuk saiz penuh):

  


  


 

Read more
0

Kembali dari Dewan Peperiksaan




Assalamu'alaikum kpd semua pengunjung blog ini, terutamanya yang masih tak jemu-jemu menunggu saya mengemaskini blog ini. Terlebih dahulu saya meminta maaf. Kurangnya (atau tiada langsung) update dalam blog ini adalah disebabkan saya melalui 2 minggu peperiksaan akhir yang baru sahaja tamat. Alhamdulillah, dah lepas pun cuma nak tunggu result je.

Bagi mereka yang tak tahu lagi, saya mengikuti jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam UTM (sebab dahulu ATMA sebelum di naik taraf menjadi UPNM masih lagi dibawah seliaan UTM untuk program akademiknya). Sedar tak sedar, saya kini berada di tahun akhir (tahun ke-4) bagi semester 1. InsyaAllah tinggal 1 semester je lagi.

Berikut adalah subjek yang telah berjaya ditempuh sepanjang 2 minggu lepas:
07 Nov 08 - Environmental Management (3 kredit)
10 Nov 08 - Foundation Engineering (3 kredit)
18 Nov 08 - Civil Engineering Information System (2 kredit)
19 Nov 08 - Structural Analysis (3 kredit)

Bagi subjek yang tiada peperiksaan akhir:
1. Projek Sarjana Muda (PSM) - 2 kredit
2. Projek Amalan Professional (PAP) - 2 kredit

Jumlah kredit bagi semester ini adalah 15. Walaupun nampak sedikit, tapi beban kerja yang dialami sebagai seorang pelajar dan pegawai kadet membuatkan kami sedikit terasa kekurangan masa jika masa tak diuruskan sebaiknya. Biasa la, tak semua sempurna. Kadang-kadang kita tak dapat mengawal masa tetapi alhamdulillah kesemua 3 projek (termasuk Civil Info) telah selamat dihantar kesemuanya.

InsyaAllah, jika ada masa, saya akan tuliskan tentang event-event yang berlaku ni..sekian, jazakumullah~

Read more
27

Kehidupan di UPNM




Assalamu'alaikum w.b.t dan salam sejahtera. Dah agak lama ana tak menulis tentang kembara hidup diri ini. Bukan apa, disebabkan peperiksaan akhir makin hampir, ramai di antara kami akan dibebani dengan tanggungjawab sebagai pelajar yang juga bergelar Pegawai Kadet.

Akademik : banyak tugasan (assignment), perbentangan projek kursus, projek sarjana muda (PSM) bagi tahun akhir dan ujian banyak perlu diselesaikan sebelum menjelang minggu peperiksaan

Ketenteraan:pelbagai aktiviti dan peraturan telah diperkenal dan diperketatkan sedikit sebanyak memberi tekanan dan kesan kepada akademik jika masa tak diurus dengan baik.


Rutin harian bagi Isnin-Khamis:
  • 0600H - Solat Subuh
  • 0715H - Perbarisan pagi sebelum ke kelas
  • 0800H - Kelas akademik
  • 1200H - Makan tengah di wisma pegawai kadet (mess)
  • 1300H - Solat Zohor
  • 1400H - Kelas akademik 
  • 1630H - Solat Asar
  • 1700H - Baris sukan di padang
  • 1830H - Aktivti sukan tamat
  • 1915H - Solat Maghrib
  • 1930H - Makan malam di mess
  • 2015H - Solat Isyak
  • 2030H - Prep hour
  • 2300H - Perbarisan malam (rollcall)
  • 2359H - Lights off (Tidur)

Rutin mingguan hari bekerja (Jumaat):
  • 0530H - Solat Subuh berjemaah (berbaris)
  • 0630H - Perbarisan pagi
  • 0700H - Kelas Ketenteraan / Latihan Jasmani
  • 1000H - Pentadbiran dan pengurusan diri
  • 1200H - Makan tengah hari di mess
  • 1300H - Solat Zohor / Solat Jumaat (berbaris)
  • 1500H - Latihan Tempur Tanpa Senjata - TTS
  • 1630H - Solat Asar
  • 1830H - Aktivti TTS tamat
  • 1915H - Solat Maghrib
  • 1930H - Makan malam di mess
  • 2015H - Solat Isyak
  • 2030H - Pentadbiran dan pengurusan diri
  • 2300H - Perbarisan malam (rollcall)
  • 2359H - Lights off (Tidur)


Rutin harian hujung minggu (Sabtu, Ahad):
  • 0530H - Solat Subuh berjemaah (berbaris)
  • 0630H - Perbarisan pagi
  • 0700H - Aktiviti (Senaman Perang/Jalan Laju/Larian/Rentas Halangan)
  • 1000H - Pentadbiran dan pengurusan diri
  • 1100H - Happy hour (majlis ramah mesra)
  • 1200H - Makan tengah hari di mess
  • 1300H - Solat Zohor
  • 1400H - Outing sehingga 2200H
  • 1630H - Solat Asar 
  • 1700H - Pentadbiran dan pengurusan diri
  • 1915H - Solat Maghrib
  • 1930H - Makan malam di mess
  • 2015H - Solat Isyak
  • 2030H - Pentadbiran dan pengurusan diri
  • 2300H - Perbarisan malam (rollcall)
  • 2359H - Lights off (Tidur)


Peraturan dan arahan yang mesti diikuti:
  • Dilarang berada di blok penginapan pada waktu akademik
  • Pengharaman rokok dalam kawasan UPNM
  • Dilarang berpasang-pasangan dan berdua-duaan
  • Dilarang membawa telefon ke kelas
  • Dilarang membawa atau bungkus makanan basah ke bilik
  • Memakai pakaian yang telah ditetapkan mengikut waktu dan aktiviti
  • Mematuhi etika dan disiplin tentera
  • Berpakaian kemas dan segak, kasut kilat
  • Hendaklah berbaris dalam kumpulan ketika bergerak ke mana-mana
  • Pakaian hendaklah dihantar ke dobi, tak boleh basuh sendiri
  • Dilarang gantung pakaian di ampaian melainkan tuala dan pakaian dalam
  • Bilik sentiasa dalam keadaan layout, kemas dan bersih
  • Diharamkan memandu dan memiliki kenderaan dalam kawasan kem
  • Tidak dibenarkan keluar melainkan dengan kebenaran
  • Membaca dan mematuhi perintah tetap dan harian pegawai kadet
  • Menghormati senior dan pegawai yang lebih kanan
  • Mengikuti etika sebagai seorang pegawai tentera


Tanggungjawab pegawai kadet bertugas:
  • Mengambil perbarisan dan periksa kehadiran anggota
  • Mengetahui keadaan dan masalah anggota
  • Melaporkan sebarang masalah kepada staf / pegawai bertugas
  • Menjaga pos kawalan
  • Memastikan pegawai kadet mengikuti peraturan
  • Menjaga keselamatan blok penginapan
  • Mengisi borang lapor sakit untuk anggota yang tidak sihat
  • Menghadiri upacara guard-mounting (pertukaran pengawal malam) pada jam 1830H
  • Menghadiri upacara guard-dismounting (penyuraian pengawal malam) pada jam 0630H
  • Menghadiri perbarisan turus (staff parade) pada jam 2200H
  • Mengetuai rollcall pengambilan masing-masing
  • Mengetahui pergerakan setiap anggota


Pelajar Awam dan Tentera (Pegawai Kadet)
  • Pelajar awam tak terikat dengan aktiviti ketenteraan untuk pegawai kadet
  • Pelajar awam diwajibkan menyertai PALAPES
  • Pelajar awam + pegawai kadet belajar dalam kelas akademik yang sama
  • Pelajar awam menggunakan PTPTN dan biasiswa untuk kos pengajian
  • PALAPES UPNM akan mengikuti program latihan pada hujung minggu
  • PALAPES yang mengikuti latihan diberikan elaun latihan mengikut hari
  • Pegawai kadet diberi gaji bulanan untuk bekerja, mengikuti latihan dan belajar
  • Segala kemudahan di UPNM adalah untuk kegunaan bersama
  • Pelajar awam akan disyorkan untuk diterap ke syarikat mereka buat praktikal
  • PALAPES akan ditauliahkan sebagai Leftanen Muda dalam pasukan simpanan
  • Pelajar tentera diterapkan terus sebagai pegawai berpangkat Kapten setaraf dalam ATM

Penutup Bicara

Bukanlah ada apa yang ingin dibanggakan disini, tapi ingin berkongsi sesuatu yang anda dapat renungkan pada diri anda. Memang tak dinafikan kami beruntung dari beberapa aspek, tapi bersyukurkah dengan kehidupan anda?


Mutiara Hikmah:
Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu, bantulah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dgn berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka segerakanlah perlaksanaannya.

Mutiara Kata:
Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.

Hargailah masa anda...Jazakumullah..~ (^^,)

Read more
4

Kajian Letupan Struktur Konkrit




Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera kpd semua pembaca. Zul baru sahaja pulang dari Kem Asahan semalam. Agak meletihkan dan kerja PSM + Projek Amalan Professional untuk Kejuruteraan Awam belum sempat disiapkan lagi. Zul ke Asahan untuk terlibat dalam ujikaji pemerhatian kesan letupan terhadap struktur konkrit ringan. Em, gambar kat atas tu buat Zul nampak garang tapi tu jadi sebab panas terik...Jangan takut pula. Lagi satu, trooper tu bukan Zul yang pandu okey.. hehe.


Pengenalan

Ceritanya begini: ada satu syarikat konsultan awam nak buat kajian tentang ketahanan struktur dan kesan letupan struktur konkrit terhadap keadaan sekeliling. Jadi mereka minta bantuan dari Jabatan Kejuruteraan Awam UPNM untuk dapatkan bahan letupan dan tapak kajian. Dalam masa yang sama, pensyarah kejuruteraan UPNM juga ada buat kajian tentang perkara yang hampir sama tapi berlainan aspek dan khusus untuk R&D (research and development) untuk ATM  dan juga PhD mereka. Pensyarah dan professor dari UTM, UKM dan UPM turut dijemput sebagai pemerhati.


Hari pertama

Bertolak dari UPNM dengan 2x trooper 4WD, 1x van, dan 1x lori 3T, membawa muatan bahan letupan detonator, PE (plastic explosive) dan keperluan lain menuju ke Kem Asahan, Melaka. Konsultan dan orang awam lain tunggu di pintu masuk kem dengan kenderaan mereka. Sampai dalam jam 1500H dan turunkan peralatan khemah dan setting-out tapak letupan untuk esoknya. 

Perasan juga lapang sasar (tapak) pemusnahan struktur ni selalu digunakan oleh Kastam Diraja Malaysia untuk melupuskan mercun seludup. Memang banyak. yang boleh pakai pun ada lagi. Dah je maghrib pergi ke Tangkak, Johor menginap di Gunung Ledang Resort. Makan malam, tidur. Buat tesis PSM setakat mampu tapi tertidur lak. Penat.


Hari kedua

Tepat jam 0900H, nak bertolak kembali ke tapak letupan 40km dari resort. Lori 3 tan yang bawa muatan konkrit pancit 1 tayar. Terpaksa pindahkan konkrit kat land rover unit 9 rejimen askar jurutera dari Gemas. Unit kor perkhidmatan terpaksa dipanggil untuk ganti kerosakan. Kami pergi dulu untuk sambung setting tapak.
Setelah taklimat ringkas dari pegawai letupan, yang lain dikehendaki tunggu di pos perlindungan 2km dari tapak letupan sebagai langkah keselamatan. Kiraan countdown diberi melalui walkie-tallkie. Terasa juga gegaran dari jarak 2km tu. Inikan dari dekat. Setelah diberi kebenaran masuk semula, barulah semuanya kembali ke tapak untuk lihat hasilnya. 3 kali letupan untuk 3 sampel dibuat.

Kamera berkelajuan tinggi digunakan untuk merakamkan detik-detik letupan struktur sehingga 10,000 fps (frame per second) berbanding kamera biasa (30 fps) bergantung kepada keadaan cuaca. Lagi cerah, lagi baik. Hari ini memang hujan renyai-renyai, tapi tak terlalu basah. Nasib la pakai loreng, tak la takut basah + kotor. Kamera dilindungi dengan kaca kalis peluru yang mampu menahan gelombang letupan dari kawasan yang dekat dengan sampel. Rakaman selepas itu boleh dimuat turun ke dalam komputer.

Tapak dibahagi ikut jejari dan sektor dari titik letupan sampel. Konkrit yang pecah akan dikutip ikut sektor dan dimasukkan dalam plastik. Ini dibuat supaya kita dapat kaji tahap momentum letupan, sejauh mana ia boleh pergi, bergantung kepada bahan campuran konkrit yang digunakan. Dari rakaman dan sampel kita boleh kaji halaju pecahan terbang, sifat sampel semasa pecah, projektail, dan lain-lain.

Balik ke resort, bebual dengan konsultan dan pensyarah tentang kajian ni dan kaitan dengan PSM kami. Sampai awal malam dah penat, ngantuk juga. Tidur awal.


Hari ketiga

Kajian letupan dah habis. Jadi hari ini masa nak rehat dan suka ria. Boleh mandi sungai, panjat gunung tu suku jalan. Manfaatkan masa yang ada. Pagi tu berjongging dengan konsultan naik ikut laluan trek mendaki gunung. Lepas sampai kat tengah tu tak boleh pergi lagi sebab takde permit. Hehe..So mandi sungai jelah. 

Bertolak pulang lepas check-out bilik dalam jam 1200H. Makan tengah hari di Restoran Jejantas Ayer Keroh. Elaun makan yang konsultan beri pun tak usik lagi. Masa ni la nak guna kan.


Kesimpulan

Keseluruhannya, kajian macam ni memang menarik! dan tak semua orang berpeluang pergi. Maaf sebab ada certain gambar macam bahan letupan dan blast setting Zul tak boleh nak tunjukkan atas dasar keselamatan. Namun alhamdulillah, hasil dari kajian ketahanan struktur masih bidang yang kurang penglibatan di Malaysia  ini banyak menambah pengetahuan Zul dalam meneruskan pembelajaran untuk memberi sumbagan dalam pertahanan negara. InsyaAllah.

Read more

Pengikut Blog

Langgan

Masukkan emel anda untuk melanggan:

Dibawakan oleh FeedBurner