Cari Blog Ini

Memuatkan ...
1

Lawak - Kisah Pancing




Suatu petang.. ketika hari selepas hujan.. seorang Pakcik Tua duduk ditepi paya dengan memegang pancing sambil merokok..Orang-orang yang melihatnya kehairanan.. ada yang kasihan dan ada juga yang ketawa.. Tiba-tiba seorang pemuda menghampirinya dan bertanya...


Pemuda : "Pakcik ni memancing untuk apa?"

Pakcik Tua : "Untuk makan"

Pemuda : "Oh.. kalau macam tu.. ayuh ikut saya makan.. saya belanja.."

Mulanya Pakcik Tua itu malu2 kemudian setelah di paksa akhirnya dia ikut aje...
Sambil makan si Pemuda bertanya..

Pemuda : "Pakcik mancing di paya tu ada ikan ke?"

Pakcik Tua : "Oh ada"

Pemuda : "Biar betul pakcik nie.. dah berapa ekor dapat?"

Pakcik Tua : "Kamu yang kelima"

Pemuda : Erk..!?? (Menyesal aku tolong...)



Moral of the story:

1. Sebab ada org macam Pakcik Tua ni la ramai berat tangan tolong orang susah
2. Bersedekahlah dengan ikhlas =)
3. Jangan guna bahasa pasar. Nanti salah faham. Hehe..
4. Sekurang-kurangnya pakcik ni berusaha, bukan meminta sedekah..kan..kan? ;p

Read more
5

Fakta Menarik Tentang Air Gas




Semua orang tau minuman berkarbonat/bergas adalah kurang elok untuk kesihatan. Tapi ramai di antara kita yg suka sangat minum minuman ni. Tetapi sejauh mana yang kita tahu tentang minuman ini? Kali ini Zul ingin berkongsi pendapat mengenai minuman ringan ni - sebagai contoh yang paling popular iaitu minuman Coca-Cola (Coke).


Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke. Memang sedap diminum dan fakta-fakta pengeluar yg mengeluarkan minuman berkenaan menggambarkan ianya sesuatu yang baik dari pelbagai aspek.

Cuba lihat sini: http://en.wikipedia.org/wiki/Coca-Cola

Walaupun begitu, tak dinafikan sesuatu ciptaan manusia ni tak sempurna dan sememangnya ada kesan yg negatif juga. Zul nak anda fikirkan tentang fakta2 dibawah nanti.


Fakta Menarik

Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi.

Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Mirinda, 100 Plus, dan minuman gas yang lain, sama je!


Apa yang anda boleh fikirkan tentang eksperimen ini?

  1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

  2. Coke+Mentos = Meletup!! Tak percaya? Lihat video ni - youtube

  3. Coke+Pork = Cacing?!! Tak percaya? Lihat video ni - youtube

  4. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

  5. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

  6. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

  7. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

  8. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

  9. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin yg dijual tu kerana ianya amat mahal!

  10. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

  11. Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

  12. Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parkir kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

  13. Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?

  14. Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih para pekerja buruh dan menghilangkan ketagihan pada Cocain pada masa ia diperkenalkan dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola.

  15. Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

  16. Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

  17. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!


Kesimpulan


Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.


Nasihat / Saranan

Zul pun ada minum juga tp pada waktu-waktu yg diperlukan la. Lepas bersukan/aktiviti yg memenatkan. Baik untuk recover balik tenaga. Tapi sebaiknya air isotonik.

Kalau teringin sgt nak minum tu zul sarankan campurkan dengan air. Pernah terbaca kajian mengatakan 1:3 air gas kpd air mampu menambahbaikkan ketidakseimbangan ion-ion dalam otak kita. Baik untuk mengelakkan migrain. Kurang gula/kalori.

Read more
4

Hairan bin Ajaib Part 2




Okey..ini pula adalah sambungan bagi Part 1. Sebelum anda membaca part 2 ini adalah lebih baik anda membaca Hairan bin Ajaib Part 1 dulu ye... (^_^). Okey, zul sambung..dalam dunia hari ini, bila difikir-fikirkan balik, hairan sungguh...

21. Bilamasa agensi-agensi Kerajaan dan Jabatan berkanun menganggap seolah-olah semua orang tahu bagaimana nak isi borang mereka yang berkajang-kajang dan membawa dokumen yang "secukupnya" bila berurusan dengan mereka.

22. Bilamasa rakyat yang belum mempunyai tanah tak pernah berjaya didalam permohonannya sedangkan orang lain yang mempunyai tanah dimerata-rata tempat dengan
mudah mendapat lagi.

23. Bilamasa skuad hoki negara kita sangat berpuas hati hanya dengan peningkatan permainan mereka walaupun tewas sedangkan pasukan lain berkejar-kejaran dan bermati-matian untuk mendapatkan pingat.

24. Bila FAM kita berhempas pulas untuk menaikkan nama pasukan bolasepak negara dengan menukar-nukar pemain dan jurulatih sedangkan maseh mengekal pucuk pimpinan yang lama.

25. Bila kita kenangkan bahawa kejadian UFO hanya berlaku di Amerika Syarikat dan negara-negara barat yang lain sahaja.

26. Bila kita melihat di kaca televisyen bahawa pengacara-pengacara muzik semuanya beriras mat dan minah saleh dan muka-muka melayu biasa tak laku langsung.

26. Bilamana telefon bimbit yang diusung kesana kemari, walaupun tak dipakai akan dicaj sekurang-kurangnya RM60 sebulan.

27. Apabila kita mempunyai modem yang terpantas dan membayar caj sambungan 2.5 sen seminit untuk internet, tetapi menunggu berjam-jam hanya untuk melihat gambar terbaru Siti Nurhaliza keluar sikit demi sikit diskrin monitor.

28. Walaupun kita tahu bahawa rancangan gusti di tv itu hanyalah lakonan semata-mata, tapi kita masih bermaki hamun dan bersorak bagai nak rak sedangkan kita tahu kalah atau menang, kesemua pelakon-pelakon tersebut dapat duit banyak.

29. Bila melihat sesetengah pemandu yang tak tahu untuk menggunakan lampu isyarat apabila hendak membelok.

30. Bilamasa sesuatu "traffic jam" terjadi semasa hujan lebat hanya kerana pemandu memperlahankan kereta untuk melihat air yang berlalu deras didalam longkang.

31. Bilamasa sesuatu "traffic jam" terjadi hanya kerana pemandu memperlahankan kereta untuk melihat motorsikal penjual roti terbalik ditepi jalan.

32. Bila kita tengok orang boleh bercinta didalam internet walau sekali pun belum pernah berjumpa.

33. Bila mendengar pengulas sukan kita boleh bersajak...

34. Bila korang baca artikel ni je..walau takde apa yg istimewa, tp korang rasa nak letak kat blog korang kan? hehehe..rasanyalah..letak le..tak marah pun... (^^D)

Read more
0

Hairan bin Ajaib Part 1




Yang ni zul dapat dari mana pn dah lupa. Lama sangat simpan..Artikel ni berkenaan fakta-fakta tentang kehidupan kita pada hari ini. Cuba kita fikirkan, hairan sungguh kan...

1. Bila kita ke EPF untuk menyemak caruman, dengan sekelip mata saja penyata dapat dikeluarkan melalui slip komputer, tetapi bila kita nak mengeluarkan simpanan, kena tunggu 5 hingga 6 bulan.

2. Walaupun kerajaan sudah berkali-kali menasihatkan pengguna jalanraya supaya berhati-hati ketika memandu, tetapi kes-kes kemalangan makin meningkat.

3. Bila kerajaan menetapkan hadlaju lebuhraya setakat 110km sejam sahaja, tetapi masih membenarkan penjualan kenderaan yang mampu melepasi hadlaju tersebut sehingga dua kali ganda.

4. Bilamana kakitangan kerajaan yang dibayar gaji dari hasil dan pendapatan rakyat berlagak sombong bilamasa berurusan dengan orang ramai.

5. Bilamana harga roti canai dinaikkan 10 sen sekeping ketika kerajaan menaikkan harga tepung 10sen sekilo.

6. Bila mengenangkan harga kereta Proton lebih murah diluar negara daripada di negara sendiri.

7. Bilamasa sesuatu skandal didalam Jabatan kerajaan hanya diketahui setelah bertahun-tahun lamanya.

8. Walaupun berpuluh-puluh filem bollywood ditayangkan dengan hanya tajuk berbeza, tapi dengan plot yang sama, rentak tarian yang seiras dan pelakon-pelakon yang serupa, maseh ramai jugak yang berpusu-pusu untuk menontonnya.

9. Bilamana perempuan ditinggalkan oleh lelaki, lelaki dituduh tidak setia, tetapi bilamana perempuan meninggalkan lelaki, lelaki pulak dikatakan tidak memenuhi citarasa.

10. Bilamana mengenangkan ada orang yang boleh berjanji pada kita untuk hadhir pada sekian-sekian masa, dia akan menjelma sejam kemudian, setiap kali.

11. Bilamasa kita menanyakan status berkenaan sesuatu permohonan kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan, jawapannya semua serupa....DALAM PROSES!

12. Bilamasa kita nak ke Sabah dan Sarawak bagi tujuan integrasi, kita kena pakai passport, tetapi tidak bagi orang Sabah dan Sarawak pulak bila datang ke semenanjung.

13. Bilamasa mengenangkan adat sopan santun kita untuk tidak menghabiskan juadah makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah bila kita mengunjung walhal dari segi agama mengatakan jangan membazir!

14. Bilamasa kita terlambat untuk membayar pinjaman bank, kita akan dikenakan faedah keatas bayaran tersebut, tetapi bila bank terlebih potong, kita kena tunggu sampai 4-5 bulan walaupun untuk mendapat 5 sen balik...tanpa faedah!.

15. Bilamasa kita terlambat untuk sampai ke lapangan terbang untuk check-in, kita akan didenda 25% dari tambang kapalterbang, tetapi bila penerbangan dibatalkan atau terlambat, satu benda pun kita tak dapat melainkan penat menunggu!

16. Bila setiap kali pasukan sukan negara kita tewas dalam sesuatu pertandingan, kita akan segera membuat "post-mortem" tanpa membuat "post-mortem" keatas pegawai yang membuat "post-mortem" tu sendiri, sebab dia tak pernah tahu punca kegagalan kita.

17. Kenapa pemilik teksi Bandaraya mengenakan tambang 50% selepas tengah malam sedangkan dibandaraya selalunya bercahaya terang (macam siang) dan kurang traffic jam pulak tu....mungkin takut kena rompak...tapi nak buat apa caj lebih pun kalau lepas tu kena rompak?

18. Bilamasa kita makan di restoran-restoran makanan segera kita dikenakan caj 10% cukai kerajaan dan 5% cukai perkhidmatan sedangkan cukai kerajaan itu adalah diatas untung syarikat dan cukai perkhidmatan tak pernah ada sebab semuanya layan sendiri?

19. Bilamana kerajaan menyarankan penggunaan ilmu IT kepada masyarakat sedangkan kakitangan kerajaan sendiri pulak tak tahu nak menggunakan e-mail ataupun komputer.

20. Bilamasa telah berkali-kali pengulas sukan kita telah ditegur caranya yang penuh sentimen bila mengulas sesuatu acara sukan, tapi makin menjadi-jadi pulak mengada-ngadanya.

Read more
4

Simbol-simbol dalam SMS




Assalamu'alaikum semua..Kali ni zul akan berkongsi sesuatu tentang SMS. Majoriti dari remaja sekarang banyak menggunakan SMS untuk berhubung sesama rakan, teman mahupun keluarga.

Ini kerana selain mudah dan ringkas, ia juga menjimatkan kos. Pun begitu, berapa ramaikah drpd anda menggunakan singkatan perkataan @ simbol? Ia tentunya menjimatkan penggunaan karakter dlm SMS yg terhad kpd 150 karakter sahaja untuk 1 SMS.


Okeylah, tak nak buang masa anda membaca byk lagi. Zul ingin berkongsi sesuatu yg blh menjimatkan penggunaan karakter dlm SMS sambil menggambarkan perasaan anda kpd penerima! Sila lihat di bawah:


==========
SMS Smiley
==========

:-) Senyum
(-: Senyum
=) Senyum tanpa hidung
:') Gembira dan sedih
:'-) Happy sampai nangis
:-)) Sym dgn mulut terbuka
8-) Senyum dgn kacamata
[:-) Senyum dgn walk-man
:-)8 Senyum dgn riben
{:-) Senyum dgn rambut
d:-) Senyum dgn topi
C|:-) Senyum dgn topi koboi
(:-) Senyum dgn helmet
:-)= Senyum dgn janggut
&:-) Senyum dgn rambut ikal
#:-) Senyum dgn topi bulu
:-D Ketawa
;-D Terbahak-bahak
;-) Kenyit mata
;o) Kenyit mata
:-* Cium
@}-/- Sekuntum ros
:-( Masam
:'( Sedih sangat
=( Sedih, tanpa hidung
:'-( Menangis
:'-[ Menangis
:-c Tak gembira
:-|| Marah
>-< Naik darah
:-(0) Jerit
:-< Tertipu
:-O Nganga!
8-o Terkejut
=] Bahagia
:-* Opss!
>:( Sangat Marah
>:) Berani ye..~
:") Malu
:x Rahsia anda selamat
;-) Nak mengorat
};-)> Org jahat
>:-) Devil
:-p Nakal / Jelir Lidah
X-( Kamu gila ke?
$-] Habis Gaji
¿8-| Angkat kening The Rock
:-@! Mencarut
:-{} Pakai Lipstik
:--} Bohong
:/) Tak lucu
%-} Jenaka
%-( Bingung
>:< Bimbang
B-) Kaca mata hitam
B:-) Kaca mata hitam kat kepala
8:-) Kaca mata kat kepala


============
SMS Ekspresi 
============

(",) Tersengih
(^^D) Ketawa
(^^.) Suka
(^^,) Senyum
(^^p) Manja
(^_') Kenyit mata
(~_~) Mengantuk
(-.-)Zzz Mengantuk
(-_-') Mengeluh
(^_^) Gembira!!
(.^_~.) Pemalu
(.'_'.) Segan
=^_^= meow!
>^,,^< Kucing
*^_^* Tersengih


===========
SMS Maksud
===========

;@ Apa??
%-6 Mati kutu
:-e Kecewa
:/I Dilarang merokok
:-? Merokok
>:( Rasa terganggu
:-O Wow !
:-| Tegas
:-* Tawar Hati
O :-) Baik cam malaikat
:-9 Terliur /Jelir Lidah
:-| Takde muka
:-<> Terkejut
%-6 Tak bijak sangat
:-0 Terkejut
:-~) Kena Selsema
:-o zz Boring
:-\ Skeptikal
: @ Menjerit
:-o Takjub
:-X Tak cakap sepatah pun
:-& Kelu Lidah
|-I Tidur
|-O Berdengkur
%-} Intoxicated
:-v Bercakap
() Peluk
=|:-)= Orang Amerika
:^) Sombong/riak
-:-) Punk
@:-) Pakai turban
:-# Razes
£$£:-) Aku kaya
}:-(= Drakula
((:-/ Aku botak
})i({ Rama-rama
£:-) Bad hair day
:-% Get Lost
:-" Bersiul
/\(oo)/\ Labah-labah
:- Laki-laki
>- Perempuan
( '}{' ) Laki dan Perempuan
:* Muah!!!
(()):** Peluk cium
<|-) Orang Cina
<:> Licik


Cakap je lebih..zul bukan guna sgt pun..hehehe
Kongsi la ngan kenkawan ye..Nanti dia x phm lak..~

Read more
1

Surat Wasiat Nenek




Nenek ani dirawat di rumah sakit. menurut doktornya, asmanya sudah teruk hingga perlu dipasangkan selang oksigen. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dan seperti orang koma. Dikira sudah menjelang ajal, Anaknya memangilkan seorang mudhin (tukang do'a) agar di doakan. Selagi Pak Mudhin asyik berdoa, tiba-tiba nenek ani menggap-menggap tidak bisa bernapas.

Mukanya pucat, tangannya bergetar. Dengan bahasa isyarat nenek ani minta diambilkan kertas dan alat tulis. Dengan sisa-sisa tenaganya nenek ani menulis surat dan diberikan ke mudhin.

Sambil terus berdoa pak mudhin langsung menyimpan surat tersebut tanpa membacanya karena fikirnya tidak sanggup membaca surat wasiat tersebut didepan nenek ani. Tak lama kemudian nenek ani meninggal dunia. Pada hari ketujuh meninggalnya nenek ani, pak mudhin diundang untuk datang.

Selesai memimpin do'a, pak mudhin berbicara "Saudara-saudara sekalian,ini ada surat wasiat dari almarhum nenek ani yang belum sempat saya sampaikan,yang saya pasti nasehat untuk anak cucunya semua. Mari kita sama-sama membaca suratnya". pak mudhin membaca surat tersebut, yang ternyata berbunyi :

" Dhin. . jangan berdiri di situ! jangan pijak saluran oksigen aku. . .!!"

Read more
0

Kamus Bahasa Kelantan




Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera kpd pembaca semua. Kali ni zul akan berkongsi serba sedikit ilmu ttg bahasa kelantan (walaupun tak berapa tahu sbb copy+paste je) hehe..Okeylah..kat bawah ni ada lebih kurang 90 perkataan seharian yg boleh digunakan. Selamat  belajar~

Jika ada perkataan lain yg anda tau, jgn segan2 tambah kat ruangan komen. Zul akan kemas kini artikel ini utk dikongsi bersama. InsyaAllah..

  1. ike kkaghing = ikan laga
  2. semut gatal = semut api
  3. miyak gah (minyak gas) = miyak tanah
  4. nnis’e (manisan) = gula yg dibuat dari air kelapa
  5. (mcm gula melaka)
  6. nyor = kelapa
  7. kkogh’e = kukur kelapa
  8. cok = cangkul
  9. pauh = mangga/mempelam
  10. timun = tembikai
  11. daba = kolar baju
  12. koghar = conteng
  13. endor = buai
  14. ggatih = kayuh
  15. lenggok = [memandang ke atas]
  16. lecoh = becak
  17. ghoyak = beritahu
  18. bechar = silau
  19. jebeng = jambang
  20. bojeng = (fesyen)rambut
  21. tebolah = tidak hati-hati
  22. gobar = cemas
  23. ghalik = leka
  24. jjalak = tercekik
  25. g’eg’e = bising
  26. puyuk = periuk
  27. bokor = dulang
  28. acu = cuba, try, test
  29. uting = mengacu, menunjuk "mengacu pistol"
  30. jjetak = membidas
  31. b’ek’eng, begh’eng = pemarah
  32. teluh (telus) = menembusi, boleh lalu
  33. tighih (tiris) = (air) menitis
  34. ccawat = bekas yg tighih (air)
  35. cawat kote = [kain sarong yg dikilas mcm cawat]
  36. tubik = keluar (mungkin belasal dari ‘to back’)
  37. pitih (pitis) = duit kita.. pitis, pokok pitis
  38. siam dulu)
  39. takdok = tiada
  40. sekok = takdok pitih
  41. lopak (lompat) = lompat
  42. (tapi utk kata kerja, bukan) LLOPAK (tapi)
  43. nnopak = melompat
  44. ghukah = panjat
  45. nngukah = memanjat
  46. hung-ga = lari
  47. hambak (hambat) = kejar
  48. kohor = slow
  49. deghah (deras) = laju, deras
  50. ligak (ligat) = cepat
  51. k’etok = pendek
  52. kh’etok = mengecut-[spt plastik kena panas]
  53. t’e = pukul kohor-kohor jah
  54. tib’e = pukul
  55. katok = pukul deghah-deghah
  56. kkatok = katak
  57. kkatok ppughu = katak puru
  58. kekoh = gigit
  59. nyo kekoh nnyamok = digigit nyamuk
  60. kkekoh, bbaloh, ggochoh = berbalah, bergaduh
  61. pot’ek = punat, usik-sentuh-ganggu
  62. kos’ek = usik-sentuh-ganggu
  63. kej’e (kejam) = mendesak supaya lebih cepat
  64. bangak (bangat) = mendesak supaya lebih cepat
  65. "ado sekali tu aku kato ko kawe aku BANGAK la
  66. wey" - aku kej’e dio.. dio ingak aku nngato ko dio.
  67. sek’e, kemb’e (kembang) = geli-[tak suka]
  68. kkemb’e = berkemban
  69. kub’e = menyepahkan
  70. kkub’e (berkubang) = bersepah
  71. p’ekong = baling-[rejam]
  72. mm’ekong = membaling-[merejam]
  73. bedil = pistol
  74. nn’embok, bbedil = menembak, membedil
  75. tt’embok = [dekat jalan utama]
  76. teb’eng = memaksa-[utk mencuba]
  77. t’eb’eng = merentang-menayangkan
  78. (lebih kuat lagi kalau guna sabdu - nneb’eng,
  79. nn’eb’eng)
  80. khopeh, khapoh, khepih = barang/cebis yg tak
  81. guna atau tak penting
  82. mas’e (masam) PPHUGHIK = rasa masam
  83. mas’e (masam) GHEB’E = bau masam
  84. basah JEGHOK
  85. cchongek CCHAKDONG = jongkang-jongket
  86. tertib TEGHENING = sopan-santun, berhati-hati,
  87. [cermat],teratur, kemas
  88. senyap KKUDIK = membisu
  89. gege GEGOK = bising
  90. gelap GELEMAK

Read more
0

Ucapan Menjelang Syawal 1428H



Taqabbalallahu Minna wa Minku Wataqabbal Ya Karim.
Kullu Amin Wa Antum Bi Khair........



Kepada yang mengenali diri:

Sebening Embun......
Selembut Sutera....
Seputih Kapas.....

Perkataan Indah Adalah ALLAH.....
Lagu Merdu Adalah ADZAN.....
Media Terbaik Adalah Al-Qur'an....
Senam Sehat Adalah SOLAT.....
Diet Sempurna Adalah PUASA....
Perjalanan Indah Adalah HAJI.....
Khayalan Yang Baik Adalah Ingat Akan Dosa-dosa dan Taubat....

"MINAL AIDIN WAL FAIDZIN"...
MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN.....
SLAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1429 H/ 2008M


Ikhlas dari saya - MohdZulhelmi (SKTN,SABKL,UPNM)
Read more

Pengikut Blog

Langgan

Masukkan emel anda untuk melanggan:

Dibawakan oleh FeedBurner